Saturday, February 20, 2010

Assignmnt untuk agama

1.0 Pengertian Makhraj Huruf

Makhraj bermaksud tempat keluar suara huruf-huruf al-Quran. Para ulama’ bersepakat menetapkan jumlah huruf-huruf Hijaiyyah atau abjad huruf al-Quran sebanyak 29. Huruf-hurufnya ialah: - 






Makhraj dari sudut bahasa ialah nama bagi tempat keluarnya huruf. Dari sudut istilah Qurra' Makhraj Huruf bermaksud tempat keluar sesuatu huruf. Zahirnya sesuatu huruf ialah apabila suara habis ketika menyebutnya dan ini membezakan huruf tersebut dengan huruf yang lain.

Huruf dari sudut bahasa pula bermaksud hujung setiap sesuatu. Dari sudut istilah huruf diertikan sebagai suara yang berpegang kepada makhrij sama ada makhraj tersebut muqaddar atau muhaqqaq. Makhraj Muhaqqaq ialah suara yang berpegang kepada bahagian tertentu seperti halkum, lidah, dua bibir dan lain-lain. Makhraj Muqaddar pula ialah rongga dalam halkum atau mulut. Ia mewakili 3 huruf mad. Penamaan Muqaddar kerana tidak ada pegangan suara pada mana-mana bahagian anggota mulut dan ia akan berakhir dengan berakhirnya menyebut huruf tersebut. Justeru 3 huruf tersebut boleh dibaca dengan panjang atau dengan pendek.

Sebahagian ulama yang lain pula menetapkan abjad huruf-huruf al-Quran ada 28 sahaja. Ini kerana mereka tidak mengira huruf alif sebagai salah satu huruf konsonan, tetapi alif dikira sebagai huruf mad atau vokal.

1.1 Definisi Makhraj

Kamus Al Jadid (1982) mendefinisikan makhraj sebagai tempat keluar, iaitu pada lafaz jamak. Mahdi Dahlan dan Azhari Othman (2003) pula menyatakan makhraj dari segi bahasa ialah tempat keluar huruf. Dari segi istilahnya ialah tempat keluar segala huruf hijaiyah yang dua puluh sembilan bermula dari huruf Alif sehingga kepada huruf Ya. Semuanya mempunyai tempat keluar yang berbeza. Mohd Nasir et.al (2007) menyatakan makhraj huruf sebagai tempat keluar bunyi sebutan huruf. Mohamed Abd Manaf (2004) berpendapat makhraj huruf ialah nama bagi tempatt keluar huruf hijaiyah yang membezakan antara satu sama lain. Ia terbahagi kepada makhraj am dan khas. Nizamuddin dan Siti Faizura (2008), memberikan definisi makhraj yang sedikit berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf dikeluarkan. Jelas di sini para sarjana pengajian Al Quran memberikan maksud makhraj huruf ialah tempat keluar huruf hijaiyah dengan menahan udara ketika bunyi huruf dikeluarkan supaya mendatangkan perbezaan bunyi.

1.2 Makhraj Am Dan Makhraj Khas:

Berdasarkan kepada apa yang telah disepakati oleh para Qurra’ (ulama tajwid) dan Lughawiyin (ulama Bahasa Arab) yang diterajui oleh Imam Al-Jazari (wafat 833H) dan Al-Khalil bin Ahmad (wafat 170H/791M), sebutan suara huruf-huruf al-Quran itu terbahagi kepada Lima anggota Makhraj Am dan Tujuh Belas Makhraj Khas.Lima makhraj am itu ialah: Dua bibir (syafataan), Lidah (lisan),Kerongkong (halq), Rongga (jauf) dan Pangkal hidung (khaisyum).

Makhraj-makhraj am ini adalah anggota tempat keluar huruf itu secara am dan ia mempunyai cara penyebutan setiap satu yang memperjelaskan tempat keluar huruf itu secara terperinci. Ini dinamakan sebagai makhraj khas. Pembahagian 5 makhraj am kepada 17 makhraj khas boleh dijelaskan seperti berikut: -







Makhraj Am

Makhraj Khas

Huruf

Syafataan (dua bibir)

2 cara sebutan

. 4 huruf

Lisan (lidah)

10 cara sebutan

18 huruf

Halq (kerongkong)

3 cara sebutan

6 huruf

Jauf (rongga)

1 cara sebutan

Suara Mad

Khaisyum (pangkal hidung)

1 cara sebutan

Suara Dengung

5 anggota

17 cara sebutan

30 suara huruf



1.3 Bahagian-bahagian Huruf Hijaiyyah

1.3.1 Makhraj Rongga Mulut Dan Halqum

Dari sudut bahasa Rongga bermaksud: Sesuatu ruang kosong.Dari segi istilah: Ruang kosong di dalam mulut dan halkum. Makhraj al-Jauf ini keluar darinya 3 huruf mad iaitu Alif yang sebelumnya berbaris di atas, Wau yang berbaris mati dan sebelumnya berbaris di hadapan dan Ya sakinah (berbaris mati) yang sebelumnya berbaris di bawah.

Halkum dari sudut bahasa ialah anggota yang terletak selepas mulut dan ia merupakan tempat keluarnya nafas serta tempat laluan makanan dan minuman. Makhraj Halkum ini mempunyai 3 makhraj khas dan setiap satunya mempunyai 2 huruf .

1. Pangkal Halkum: Yang menghampiri ke arah dada Huruf yang keluar di sisni ialah Hamzah dan Ha'

2. Pertengahan halkum. Huruf yang keluar di sini ialah 'Ain dan Ha'.

3. Hujung halkum. Iaitu yang lebih dekat kepada mulut. Huruf yang keluar di

sini ialah Ghain dan Kha'.



1.3.2 Makhraj Lidah

Lidah adalah suatu anggota ynag paling penting dan merupakan tempat yang paling banyak mengeluarkan huruf-huruf. Kesemua huruf-huruf yang keluar daripada lidah adalah sebanyak 18 huruf yang dibahagikan kepada 10 Makhraj. Huraiannya adalah seperti berikut:

1. Pangkal Lidah yang bersetentang dengan lelangit atas: Keluar darinya huruf Qaf.

2. Pangkal lidah yang bawah sedikit daripada Makhraj Qaf, keluar darinya huruf Kaf .

3. Pertengahan Lidah yang bertentangan dengan lelangit atas: Keluar darinya huruf iaitu Jim, Shin dan Ya' yang berbaris bukan Ya, Mad dan Lin

4. Tepi Lidah sama ada kanan atau kiri yang mengiringi gigi geraham atas. Di sini keluarnya hufur Dhad

5. Tepi Lidah di sebelah hujung bersetentangan dengan gusi gigi atas. Keluar di sini huruf Lam .

6. Hujung Lidah yang diangkat ke gusi gigi atas. Keluar di sini huruf Nun.

7. Hujung Lidah dan sedikit belakangnya di angkat ke gusi gigi atas iaitu berhampiran dengan Makhraj Nun. Keluar di sini huruf Ra'.

8. Hujung Lidah bersama pangkal gigi atas hadapan. Keluar di sini huruf Ta',To dan Dal.

9. Hujung Lidah dan atas gigi bawah hadapan beserta ruangan sedikit antara hujung lidah dan gigi hadapan. Keluar di sini huruf Sin, Sod dan Zai.

10. Hujung Lidah bersama hujung gigi-gigi atas hadapan serta mengeluarkan sedikit hujung lidah. Keluar di sini huruf Tha', Zal dan Zo.

Lidah mempunyai fungsi yang penting dalam mengeluarkan huruf-huruf al-Quran sebanyak 15 huruf dari keseluruhan huruf hijaiyyah keluar daripada anggota lidah. Justeru, gunakanlah lidah sebaiknya untuk menyempurnakan sebutan huruf-huruf yang keluar darinya.



1.3.3 Makhraj Bibir Mulut dan Khaisyum

Bibir mulut mempunyai dua Makhraj khas. Iaitu:

1. Antara dua bibir. Di sini keluar dua huruf iaitu Ba' dan Mim.

2. Perut bibir bawah bersama hujung gigi atas hadapan. Keluar di sini huruf Fa'.

Makhraj Khaisyum ialah terletak di pangkal hidung. Di sini keluarnya suara dengung (al-Ghunnah) Al-Ghunnah dari sudut bahasa ialah: Suara yang terjadi ketika menyebut huruf Mim dan Nun. Justeru keluar dari Makhraj al-Khaisyum ialah Mim dan Nun.

Untuk memudahkan pemahaman, penerangan adalah seperti berikut.


Bil

Bahagian Makhraj

Huruf



1



Rongga mulut dan rongga kerongkong



2

Kerongkong

  • Pangkal



  • Tengah




  • Hujung







3

Lidah:

  • Pangkal



  • Tengah



  • Tepi (tekan geraham atas)



  • Tepi hujung lidah



  • Hujung (lingkungan langitlangit)



  • Hujung (lingkungan hujung lidah)



  • Hujung (lingkungan gusi)

















4


Bibir mulut



Dua bibir mulut






5


Hidung

  • Pangkal






Jadual berikut menunjukkan gambarajah bahagian-bahagian anggota makhraj dengan huruf-huruf yang keluar melaluinya.


    1. Rajah Bahagian-Bahagian Huruf Hijaiyah


Bahagian Rongga Hidung


Rongga mulut dan rongga kerongkong


Halkum atau kerongkong

Bahagian Bibir

Bahagian Lidah








1.4.1 Rongga Mulut dan Rongga Kerongkong (AL Jauf)






Bunyi huruf –huruf Al Jauf iaitu sebutan `alif’, `wau’ dan `Ya’ terkeluar daripada rongga kerongkong melalui rongga mulut, contohnya:


pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah






1.4.2 Bahagian Kerongkong atau Halkum (Halq)









Hujung kerongkong

Tengah kerongkong

Pangkal kerongkong


Bunyi sebutan Hamzah dan Ha keluar dari pangkal kerongkong. Bunyi sebutan AIn dan Ha keluar dari tengah kerongkong dan bunyi sebutan Rind an Kha keluar dari hujung kerongkong. Contohnya:


pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah






1.4.3 Bahagian Lidah (Al Lisan)




Pangkal lidah



Bunyi sebutan Qaf terkeluar pada pangkal lidah yang terangkat terkena langit-langit lembut. Bunyi sebutan kaf keluar sedikit daripada makhraj Qaf, contohnya:



pada kalimah




pada kalimah






Tepi lidah dan

geraham atas



Bunyi sebutan dhad keluar dari bahagian tepi lidah kiri atau kanan yang dikenakan pada geraham atas contoh,



pada kalimah








Langit –langit keras



Tepi hujung lidah


Bunyi sebutan Lam, Ra dan Nun keluar dari tepi hujung lidah menyentuh pada langit-langit keras, contoh:


pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah







Gusi dan gigi kacip

Huujung lidah


Bunyi sebutan Ta, dhal dan Tha keluar dari hujung lidah yang diangkat menyentuh gusi gigi kacip sebelah atas. Ta terkedepan, dhal di tengah dan Tha terkedalam ,contohnya:]



pada kalimah




pada kalimah




pada kalimah





Belakang gigi

kacip

Hujung lidah






Bunyi huruf Zai, Sin dan Shad terkeluar dari hujung lidah yang dikenakan pada belakang gigi kacip. Zai terkedepan, Sin di tengah dan Shad terkebelakang, Contohnya:



pada kalimah




pada kalimah




pada kalimah







Gigi kacip

atas dan

bawah



Bunyi Tsa, Zhal dan Zho keluar dari hujung lidah yang menyentuh gigi gunting atas dan bawah. Tsa terkedepan, Zhal di tengah dan Zho terkebelakang.Contohnya:



pada kalimah




pada kalimah




pada kalimah












langit-langkit keras

tengah daun lidah




Bunyi sebutan Jim, Syin, dan Ya keluar dari bahagian tengah daun lidah yang terkena pada langit-langit keras.


pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah






1.4.4 Bahagian Bibir (As Syafatan)



Hujung gigi kacip

Bibir bawah

Bunyi sebutan Fa keluar dari bibir bawah sebelah dalam menyentuh hujung gigi kacip, contohnya:


pada kalimah








Bibir atas

Bibir bawah



Bunyi sebutan Wau keluar apabila kedua-dua bibir terbuka muncung. Bunyi sebutan Ba dan Mim keluar apabila kedua-dua bibir dirapatkan dengan ringan, contoh:


pada kalimah



pada kalimah



pada kalimah







1.4.5 Bahagian Hidung (Al Khaisyum)



Pangkal hidung

Hujung lidah

Gusi gigi depan









Bunyi sebutan Nun keluar dari pangkal hidung apabila hujung lidah terangkat ke gusi gigi depan dan bibir terbuka. Bunyi sebutan Mim keluar dari pangkal hidung apabila hujung lidah tidak terangkat dan kedua-dua bibir tertutup.Contohnya:


pada kalimah



pada kalimah






2.0 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al Quran

(Bacaan)


Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Asuhan Tilawah al-Quran



Tajuk

Bacaan Ayat-ayat Bagi Surah al-‘Alaq

Kemahiran


Kaedah-kaedah

1. Talaqqi & Musyafahah

  • Guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran melalui kaset.

  • Guru membaca dengan terang dan jelas.

  • Bacaan hendaklah secara kuat (jahar).

  • Pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti.

  • Guru mengulangi bacaan beberapa kali.

  • Pelajar membaca.

  • (Guru melakukan sedemikian beberapa kali mengikut ayat yang dikelompokkan).


2. Latih tubi

  • Pelajar membaca ayat al-Quran secara kuat beberapa kali.

  • Pelajar membaca secara individu.

  • Guru mendengar bacaan pelajar sambil membetulkan kesilapan.

  • Pelajar membaca beberapa kali secara kumpulan.

  • Guru meneliti bacaan pelajar.



3. Penerangan



  • Guru memperdengarkan CD al-Quran.

  • Bacaan adalah secara kuat (jahar).

  • Pelajar mendengar bacaan tersebut dengan teliti.

  • Guru mengulangi bacaan daripada CD al-Quran.

  • Pelajar membaca ayat dan bacaan hendaklah kuat (jahar).

  • Pelajar membaca ayat secara individu. Ulang bacaan tersebut beberapa kali.

  • Guru mendengar bacaan pelajar dan menerangkan hukum tajwid dalam ayat tersebut.

  • Pelajar membaca secara kumpulan.

  • Guru meneliti bacaan pelajar.

  • Guru membaca semula ayat.

  • Pelajar mendengar bacaan guru.

  • Pelajar membaca semula ayat.

  • Guru meneliti bacaan pelajar serta memberi penerangan dan pengukuhan.

  • Pelajar menulis ayat-ayat yang telah dibaca.

Aras 1 Menulis ayat 1 dan 2

Aras 2 Menulis ayat 1 hingga 3

Aras 3 Menulis ayat 1 hingga 5


Gabung jalin

Membaca dan menulis



Penyerapan ilmu


Tajwid, jawi (tulisan jawi)


Media Pengajaran

Kad kalimah, kad ayat, carta ayat, CD al-Quran, Mushaf RasmUthmani.

Penerapan nilai


(i) Cinta kepada al-Quran dan selalu membacanya.

(ii) Percaya kepada kekuasaan Allah dengan beribadat dan berdoa kepadaNya.

(iii) Sayang kepada ibu bapa serta taat perintah mereka.


Peruntukan Masa


30 minit



3.0 Hidup Berjiran

Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.

Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.

3.1 Adab Berjiran

Hormatilah jiran tetangga dan berperilaku baiklah terhadap mereka. Rasulullah S.a.w bersabda,“....Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berperilaku baik terhadap tetangganya.” (Muttafaq ’alaih)

Al-Quran ada menganjurkan kita kepada adab-adab berjiran seperti yang berikut:-

                                   

" Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh[1], dan teman sejawat, ibnu sabil[2] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri"

[294] dekat dan jauh di sini ada yang mengartikan dengan tempat, hubungan kekeluargaan, dan ada pula antara yang muslim dan yang bukan muslim.

[295] Ibnus sabil ialah orang yang dalam perjalanan yang bukan maksiat yang kehabisan bekal. termasuk juga anak yang tidak diketahui ibu bapanya.

Janganlah bangunan anda mengganggu tetangga, agar mereka tidak tertutup dari sinar matahari atau udara, dan jangan melampaui batasannya, dengan merosak atau mengubah miliknya.

Peliharalah hak-hak mereka semasa mereka berpergian. Jaga harta dan kehormatan mereka dari tangan-tangan jahil, bantulah mereka yang memerlukan, serta palingkan mata dari wanita mereka dan rahsiakan aib mereka.

Janganlah membuat kegaduhan yang mengganggu mereka, seperti suara TV, radio, dan lain-lain, atau mengganggu mereka dengan melempari halaman mereka dengan kekotoran, atau menutup jalan bagi mereka. Rasulullah . bersabda, “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi . ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah? Nabi . menjawab, “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” (Muttafaq ’alaih).

Janganlah berat untuk memberikan nasihat, ajaklah mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah yang mungkar dengan bijaksana (hikmah) dan nasihat baik dengan niat ikhlas.

Berikan makanan kepada tetangga, dahulukan yang paling terdekat. Rasulullah saw bersabda, “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyaklah airnya dan berilah tetanggamu.” (HR. Muslim).

Bersukacitalah di dalam kebahagiaan mereka, berduka-citalah di dalam duka mereka; jenguklah mereka bila sakit, tanyakan apabila ia tidak ada, bersikap baiklah bila menjumpainya; undanglah untuk datang ke rumah. Hal-hal ini membuat hati mereka senang, hormat, dan mulia.

Jangan mencari-cari kekeliruan mereka dan janganlah bergembira bila mereka keliru. Sabarlah terhadap perilaku kurang baik mereka. Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah, disebutkan di antaranya- Seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hingga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.” (HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani)

Ikhsahlah dalam membina kerjasama membangun, melestarikan dan mengembangkan kepentingan dan kemudahan umum. Jangan sampai berbuat yang menimbulkan kerosakannya. Seperti memperhatikan kebersihan di sekitar rumah. Sentiasa tolong menolong. Allah . berfirman,

                   

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Mengajaklah kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, semampunya dengan memulai dari diri dan keluarga sendiri.( Luqman 31:17) Allah . berfirman,

                  

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah).”

4.0 Kajian Mengenai Faktor-faktor Adab-adab Berjiran Semakin Dilupakan

Kajian ini telah dilakukan di kalangan guru di salah sebuah sekolah di daerah Mersing. Sekolah ini terletak di dalam kawasan Felda. Kajian ini dibuat untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan adab-adab berjiran semakin dilupakan. Di samping itu juga kajian ini dijalankan untuk mengetahui cadangan-cadangan daripada responden mengenai cara-cara untuk meningkatkan semula semanmgat kejiranan.

Kajian ini dilakukan ke atas 11 orang responden yang kesemuanya guru. Responden adalah terdiri daripada kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bagi persoalan yang pertama ialah persoalan tentang sama ada adab-adab berjiran semakin dipinggirkan. Hasil penemuan daripada kajian dapat dilihat daripada graf yang ditunjukkan di bawah. Sebanyak 73 peratus daripada responden bersetuju mengatakan bahawa adab-adab berjiran semakin dipinggirkan. Manakala 18 peratus selainnya kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Selebihnya sebanyak 9 peratus lagi mengatakan bahawa mereka tidak pasti tentang kenyataan tentang bahawa adab-adab berjiran semakin dipinggirkan.





















Seterusnya kajian dijalankan terhadap sama ada faktor kejahilan tentang ilmu agama menjadi faktor kepada mengapa adap-adap berjiran semakin dipinggirkan. Hasil daripada kajian dapat dilihat daripada graf di bawah.menunjukkan bahawa 27 peratus daripada responden kurang bersetuju dengan faktor ini. Namun, 27 peratus lagi yang lain bersetuju mengatakan bahawa faktor kejahilan tentang ilmu agama menyebabkan adab-adab agama semakin dipinggirkan. Selebihnya 46 peratus menegaskan bahawa mereka kurang pasti sama ada faktor kejahilan memainkan peranan dalam mempengaruhi tentang adab-adab kejiranan ini.















Faktor yang seterusnya dibincangkan ialah mengenai faktor kesibukan kerja dan mengejar rezeki memberi sebab kepada adab-adab berjiran ini semakin dipinggirkan. Hasil dapatan dapat dilihat daripada graf yang dipaparkan di bawah. 55 peratus responden bersetuju dengan kenyataan bahawa faktor kesibukan kerja dan mengejar rezeki menyebabkan semakin menurunnya sikap mengamalkan adab-adab berjiran. Pendapat ini disokong oleh sebanyak 27 peratus lagi yang amat setuju dengan pernyataan ini. Namun begitu, 18 peratus daripada responden kurang bersetuju dengan faktor kesibukan kerja dan mencari kerja sebagai faktor menyebabkan adab-adab berjiran semakin dipinggirkan..



















Seterusnya, sifat keakuan dan tidak mahu bermasyarakat diambil sebagai faktor penyebab kepada mengapa adab-adab berjiran semakin dipinggirkan. Daripada graf yang ditunjukkan dapatlah dilihat bahawamajoriti responden bersetuju mengatakan bahawa sifat keakuan dan tidak mahu bermasyarakat menjadi penyebab kepada adab-adab berjiran semakin dipingirkan. Malahan 18 peratus responden lagi amat setuju dengan faktor ini menjadi penyebab kepada masalah di atas. Manakala 9 peratus responden kurang bersetuju.























Faktor yang terakhir yang diambil kira sebagai faktor penyebab kepada semakin berkurangnya pengamalan adab-adab berjiran ialah faktor tidak berhajat kepada mengambil kisah mengenai jiran tetangga. 36 peratus responden tidak bersetuju faktor ini menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Namun 46 peratus responden bersetuju faktor ini menjadi penyebab kepada adab-adab berjiran semakin dipinggirkan. Sementara 18 peratus lagi tidak pasti sama ada faktor ini ada mempengaruhi atau tidak.





















4.1 Cadangan Untuk Meningkatkan Semangat Kejiranan

Hasil Dapatan daripada borang kaji selidik yang diedarkan dapatlah beberapa cadangan yang dikemukakan oleh responden untuk meningkatkan pengamalan adab-adab berjiran dan semangat kejiranan. Antara cadangan-cadangan merka adalah seperti di bawah.

  • Sentiasa mengadakan mesyauarat pemuafakatan.

  • Saling kunjung-mengunjungi sesama jiran.

  • Mengadakan gotong royong

  • Saling bertukar- tukar idea

  • Menubuhkan pasukan rela

  • Mengadakan kelas agama

  • Mengadakan majlis kenduri

  • Berkongsi kereta untuk ke destinasi yang sama atau ke tempat kerja

  • Memastikan keselamatan rumah, harta benda dan lain-lain kepunyaan jiran apabila mereka tiada

  • Aktiviti Marhaban

  • Mengamalkan sikap bermanis muka dan sikap memberi salam.

  • Sentisas bertegur sapa dan bertanya khabar

  • Aktiviti bersukan yang melibatkan komuniti masyarakat

  • Memberi pertolongan kepada jiran yang memerlukan











5.0 Hikmah-hikmah Mengamalkan Adab-adab Berjiran

5.1 Bantuan Ketika Kecemasan

Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.

5.2 Menambah Kenalan

Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt yang bermaksud:

'Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali'.(Al-Hujurat : 13)

Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam, landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi.


5.3 Menjamin Keselamatan Setempat

Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:
'Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran'.
(Al-Maidah:2)

5.4 Menjaga Keharmonian Masyarakat

Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan meragukan.

Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu 'Sediakan payung sebelum hujan'. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.

5.5 Menjaga Kebajikan Penduduk Setempat

Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Bagi memenuhi hasrat ini maka pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Kemajuan Pembelajaran Anak-Anak. Jawatankuasa ini berperanan menilai pencapaian pelajaran anak-anak, mengenalpasti kelemahan dan masalah serta mengadakan program-program yang dapat meningkatkan mutu pelajaran mereka.

Di samping itu juga, menerusi penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi, program jatidiri dan sebagainya. Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat baik anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan terpelihara. Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini adalah terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:

'…dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka...' (Al-Syura : 8)

5.6 Integrasi Nasional

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 'Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku'.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

6.0 Kesimpulan

Matlamat dan falsafah Pendidikan al-Quran ialah untuk melahirkan generasi celik al-Quran yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak selain seimbang emosinya. Ini termasuk menegakkan yang makruf dan melarang kemungkaran. Malahan, usaha ini ialah untuk keamanan, keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam membaca dan mengajar al-Quran, aspek yang ditekankan dan diwajibkan ialah hukum tajwid. Antara hukum tajwid yang harus kita perlu ketahui ialah Nun Sakinah, Tanwin, Hukum Mad, Alif Lam al-Syamsiah dan Alif Lam al-Qamariah. Tilawah al-Quran yang paling berkesan adalah dengan keadaan yang beradab, mengikut tajwid dan mengetahui makna ayat-ayat yang dibaca serta menghayati akan isi kandungannya.

Islam merupakan agama yang indah lantaran dihiasi dengan adab dan kesopanan yang mulia. Umat Islam dituntut berakhlak mulia dan bersopan sesama insan agar terjalin ikatan persaudaraan yang berkekalan. Adab-adab yang mulia ini bersumberkan kitab al-Quran dan hadis-hadis Nabi serta teladan daripada para Salafussoleh yang terbilang. Adab-adab yang mulia ini merangkumi adab-adab berjalan, bertanya, bersama orang tua, menziarahi kubur dan berada di majlis keramaian. Adab-adab ini bukan sekadar menjanjikan ganjaran pahala dan kebajikan kepada pengamalnya, bahkan menjaminkan ikatan yang harmoni sesama individu masyarakat umumnya. Masyarakat itu diukur maju mundurnya dari segi akhlak dan etikanya di samping kemajuan yang dikecapi mereka.

Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.





1